11 July 2006

Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH
MEMBIMBING DAN MENDIDIK KE ARAH PENDIDIKAN YANG CEMERLANG UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERILTIZAM,SEIMBANG DAN BERDAYA SAING BERSESUAIAN DENGAN ERA GLOBALISASI
MISI SEKOLAH
MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG UNTUK MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERJAYA DALAM BIDANG AKADEMIK, BERSAHSIAH BAIK DAN BERDAYA SAING.

07 July 2006

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan A.U. Keramat terletak di kawasan perumahan PKNS A.U 3 Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Ia telah siap dibina pada awal tahun 1990 dan diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah ini pada 18.11.1990. Keluasan kawasan sekolah ini ialah kira-kira 0.66 hektar dan sebuah padang sekolah seluas 0.17 hektar.

Sekolah ini mula beroperasi pada 3.12.1990 dengan murid seramai 1 174 orang, 48 orang guru, seorang pegawai kerani, pengawal keselamatan dan pekerja am.

Sekolah ini juga mempunyai dua buah blok bangunan yang mengandungi 26 buah kelas di mana dua buah kelas prasekolah, sebuah makmal sains, sebuah bengkel Kemahiran Hidup, pejabat Guru Besar, pejabat am, pusat sumber, bilik agama (surau), klinik, bilik guru, kantin sekolah, dan tiga bilik untuk guru penolong kanan. Manakala blok lain di khaskan untuk kantin sekolah.
Perkhidmatan membersihkan bangunan dan kawasan sekolah dikendalikan oleh pihak swasta.
Pada tahun 1992, dua buah kelas prasekolah telah dibuka oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada bulan Jun tahun 2001, bangunan baru (Blok C) telah mula beroperasi. Bangunan ini terdiri daripada sebuah makmal komputer, dua buah makmal sains, sebuah bilik BOSS (Bilik Operasi SPBT Sekolah) dan 11 buah bilik darjah. Di bahagian bawah bangunan baru ini disediakan sebuah dewan terbuka.

Kini SK. A.U. Keramat mempunyai tiga buah blok bangunan iaitu A, B, dan C yang terdiri daripada 48 buah kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Bilangan muridnya seramai 2028 orang termasuk 50 orang murid prasekolah, 100 orang tenaga pengajar dan 6 orang staf sokongan.

Pengenalan


Nama Sekolah :Sekolah Kebangsaan AU Keramat

Tahun sekolah ditubuhkan : 1990

Pegangan motto sekolah : Berusaha, Berilmu, Berjaya

Buku : Kewajipan setiap murid menggunakannya.dan menjadi inspirasi , sebagai rujukan

Obor : Ilmu sebagai suluh hidup

Gelung : Penglibatan aktif murid dan lambang Rukun Negara

Sijil : Tanda kejayaan murid selepas tamat UPSR

Bunga Raya : Rasa cinta terhadap negara
Biru : Perpaduan
Kuning : Negara Malaysia yang mengamalkan Raja Berpelembagaan.